Permohonan Dibuka: Program Tajaan Anak Angkat Siswa C4A 2025 🌟
Satu Peluang Emas untuk Anak-Anak Asnaf Melangkah ke Menara Gading
Adakah anda atau anak anda seorang pelajar dari keluarga asnaf yang baru menerima tawaran ke IPTA atau IPTS?nPertubuhan Care For Asnaf (C4A) kini membuka permohonan bagi Program Anak Angkat Siswa C4A Tahun 2025 – satu inisiatif khas untuk membantu anak-anak asnaf yang layak melanjutkan pengajian tinggi.
🎓 Jenis Bantuan Yang Ditawarkan
✅ Bantuan Pendaftaran IPTA/IPTS
✅ Laptop / Printer untuk pembelajaran
✅ Belanja Harian sepanjang pengajian
✅ Elaun Pulang Bercuti ke kampung halaman
✅ Bimbingan & Pemantauan penuh oleh C4A sehingga tamat pengajian
❤️ Jenis Tajaan
Program ini menyediakan 3 bentuk tajaan, dan setiap anak angkat hanya akan menerima 1 bentuk tajaan sahaja:
📌 Syarat Kelayakan Permohonan
Antara Usaha Kerdil kita, inspirasi kita semua. Salah seorang dari Program Tajaan Anak Angkat Siswa C4A.
Sekadar perkongsian yang menggembirakan, salah seorang dari anak angkat siswa yang ditaja oleh keluarga angkat beliau iaitu adik Syamil Ilman B. Sahrizal, gambar di atas telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdullilah sekarang beliau sudah berada di alam pekerjaan dengan menjawat jawatan Project Engineer di salah sebuah syarikat di Selangor. Dengan rezeki pendapatan beliau akhirnya dapat membantu keluarga dan menjadi ikutan kepada adik-adiknya, dimana adiknya sekarang belajar di Politeknik Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dalam bidang kejuruteraan Mekanikal. Manakala adik bongsunya sekarang berada di Tingkatan 5 di MRSM Kuala Kangsar. Lebih membanggakan pertubuhan Care For Asnaf ketika ini, beliau dengan sukarela ingin bersama sama pertubuhan untuk meneruskan usaha dakwah ini, dan sekarang beliau menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertubuhan Care For Asnaf.
✨ Bersama kita lahirkan generasi asnaf yang cemerlang dan berdikari!
⚠️ Hanya 10 Tempat Disediakan
Tempat adalah terhad kepada 10 pelajar sahaja, bergantung kepada dana yang dikumpulkan dalam Tabung EduCARE C4A.
📥 Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang rasmi di pautan berikut:
[ISI BORANG PERMOHONAN DIBAWAH SEKARANG
(TEKAN DISINI)] (pautan akan disediakan di website/Google Form)
📅 Tarikh Tutup Permohonan:JULAI 2025
TEKAN SINI (Borang Permohonan Program Tajaan Anak Angkat Siswa C4A 2025).