Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda dengan menyampaikan firman Allah: ุฃู†ูู‚ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ูŠู†ูู‚ ุนู„ูŠูƒ Artinya: "Berinfaklah, niscaya Aku akan menafkahimu." (HR Bukhari, Ahmad & Ibnu Majah).

PROGRAM KELUARGA ANGKAT SISWA C4A 2025

๐ŸŒŸ Sertai Kami Menjadi Keluarga Angkat Siswa C4A 2025

Taja Seorang Anak Asnaf ke Menara Gading, Ubah Masa Depannya.

Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan seorang anak asnaf?
Pertubuhan Care For Asnaf (C4A) membuka peluang kepada individu, keluarga dan syarikat yang berhati mulia untuk menyertai kami sebagai Keluarga Angkat Siswa C4A bagi tahun 2025.

Program ini memberi ruang kepada mereka yang ingin menyumbang secara langsung kepada masa depan pelajar asnaf yang cemerlang tetapi memerlukan sokongan kewangan dan moral untuk menyambung pengajian ke IPTA atau IPTS.

โค๏ธ Peranan Keluarga Angkat

Sebagai keluarga angkat, anda akan:

โœ… Menaja sepenuhnya atau sebahagian bantuan pelajar seperti:

  • Yuran Pendaftaran Universiti
  • Laptop / Printer untuk pembelajaran
  • Elaun belanja harian
  • Elaun pulang bercuti
  • Sokongan moral & dorongan berterusan

โœ… Menjadi keluarga angkat simbolik โ€“ menyantuni pelajar seolah anak sendiri dengan bimbingan C4A.

โœ… Menjadi sebahagian dari rangkaian penaja yang membina masa depan generasi asnaf melalui pendidikan.

๐Ÿงญ Jenis Penajaan

  1. Tajaan Penuh Keluarga Angkat Siswa
    โ€“ Anda menaja sepenuhnya keperluan pelajar & menjadi mentor/pembimbing.
  2. Tajaan 50/50 (Bersama C4A)
    โ€“ Anda menaja separuh bantuan dan C4A akan menampung selebihnya.

๐Ÿ’ก Kenapa Perlu Menjadi Keluarga Angkat?

๐Ÿ’– Peluang berbuat kebajikan yang berpanjangan
๐ŸŽ“ Membantu seorang anak asnaf menyambung pengajian
๐Ÿค Membina hubungan kekeluargaan & menyentuh kehidupan
๐Ÿ“ฟ Menjadi amal jariah & saham akhirat anda

๐Ÿงพ Kriteria Pelajar Yang Ditaja

Pelajar adalah anak-anak asnaf yang:

  • Layak menerima zakat
  • Telah mendapat tawaran ke IPTA/IPTS
  • Komited menamatkan pengajian
  • Dibimbing & dipantau sepenuhnya oleh pihak C4A

๐Ÿ“ฅ Berminat Menjadi Keluarga Angkat?

Anda bimbing pasti Berjaya :

Sedikit Coretan usaha kerdil kita.

Sekadar perkongsian yang menggembirakan, salah seorang dari anak angkat siswa yang ditaja oleh keluarga angkat beliau iaitu adik Syamil Ilman B. Sahrizal, gambar di atas telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdullilah sekarang beliau sudah berada di alam pekerjaan dengan menjawat jawatan Project Engineer di salah sebuah syarikat di Selangor. Dengan rezeki pendapatan beliau akhirnya dapat membantu keluarga dan menjadi ikutan kepada adik-adiknya, dimana adiknya sekarang belajar di Politeknik Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dalam bidang kejuruteraan Mekanikal. Manakala adik bongsunya sekarang berada di Tingkatan 5 di MRSM Kuala Kangsar. Lebih membanggakan pertubuhan Care For Asnaf ketika ini, beliau dengan sukarela ingin bersama sama pertubuhan untuk meneruskan usaha dakwah ini, dan sekarang beliau menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertubuhan Care For Asnaf.


Isi borang minat melalui pautan ini:

๐Ÿ‘‰ [DAFTAR SEBAGAI KELUARGA ANGKAT] (pautan ke Google Form/borang rasmi)

๐Ÿ“… Tarikh Akhir Penyertaan: OPEN

๐Ÿ“ž Untuk pertanyaan lanjut:

๐Ÿ“ฑ WhatsApp kami di: 0196638220 (Hasnu)


DAFTAR SEBAGAI KELUARGA ANGKAT (Tekan Sini)