Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda dengan menyampaikan firman Allah: أنفق يا ابن آدم ينفق عليك Artinya: "Berinfaklah, niscaya Aku akan menafkahimu." (HR Bukhari, Ahmad & Ibnu Majah).

TABUNG INFAQ C4A


PENGENALAN

EduCAREmerupakan unit di bawah Pertubuhan Care For Asnaf yang memberi tumpuan kepada pengukuhan Pendidikan dan pembinaan keupayaan peribadi ke arah bakat pelajar (anak asnaf) yang mampan.

Antara objektif Educare adalah meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat pelajar (anak asnaf) selaras dengan usaha C4A untuk membentuk anak asnaf berpendidikan dan keperibadian ke arah persediaan menjadi peneraju keluarga keluar dari kepompong kesusahan menerusi program pembiayaan akademik dan pembentukan jati diri.


Matlamat utama :

■ Untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat pelajar (anak asnaf) selaras dengan usaha C4A untuk membentuk anak asnaf berpendidikan dan keperibadian ke arah persediaan menjadi peneraju keluarga keluar dari kepompong kesusahan menerusi program pembiayaan akademik dan pembentukan jati diri.

■ Menganjurkan prgm² persediaan persekolahan seperti prgm 'Back to School', tajaan yuran persekolahan, tajaan bas sekolah.

■ Memartabatkan generasi Al Quran & pengajian Islam melalui bantuan sekolah tahfiz dan bantuan keperluan.

Antara projek dan bantuan dibawah pengurusan Unit EduCARE adalah seperti berikut;

  • Program Anak Angkat Siswa (Kolej, Univ. Kolej, Universiti)

  • Program Anak Angkat (Sekolah Menengah)

  • Program Anak Angkat (Sekolah Rendah)

  • Program Anak Angkat (Sekolah Tahfiz)

  • Program Kerjasama bersama IPTA/IPTS.   

Pendekatan Kami

Memahami cabaran-cabaran kehendak kehidupan pelajar (anak asnaf) , program-program yang Educare C4A jalankan tidak hanya memfokuskan kepada memberi peluang pelajaran melalui penajaan sahaja malah menyediakan dan memastikan pelajar tersebut dibentuk seperti anak sendiri. Pendekatan ini dinamakan ‘Nurture & Develop‘ atau ‘Memupuk & Membangun‘. Pendekatan ini sebagai salah satu daripada keutamaan pembentukan anak asnaf yang akan membantu keluarganya suatu hari kelak.

Kejayaan Kami

Sekadar perkongsian yang menggembirakan, salah seorang dari anak angkat siswa yang ditaja oleh keluarga angkat beliau iaitu adik Syamil Ilman B. Sahrizal, gambar di atas telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Alhamdullilah sekarang beliau sudah berada di alam pekerjaan dengan menjawat jawatan Project Engineer di salah sebuah syarikat di Selangor. Dengan rezeki pendapatan beliau akhirnya dapat membantu keluarga dan menjadi ikutan kepada adik-adiknya, dimana adiknya sekarang belajar di Politeknik Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dalam bidang kejuruteraan Mekanikal. Manakala adik bongsunya sekarang berada di Tingkatan 5 di MRSM Kuala Kangsar. Lebih membanggakan pertubuhan Care For Asnaf ketika ini, beliau dengan sukarela ingin bersama sama pertubuhan untuk meneruskan usaha dakwah ini, dan sekarang beliau menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertubuhan Care For Asnaf.

Bagi menghasilkan lagi anak anak asnaf seperti adik syamil, kami memerlukan bantuan anda untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada C4A, agak kami dapat membantu dan menguruskan anak anak asnaf. EduCARE amat berbesar hati untuk membuka Tabung Umum EduCARE untuk sebarang usaha kutipan dana dan infaq oran Ramai. Semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.

JOM INFAQ (Sila Tekan Sini)