Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda dengan menyampaikan firman Allah: أنفق يا ابن آدم ينفق عليك Artinya: "Berinfaklah, niscaya Aku akan menafkahimu." (HR Bukhari, Ahmad & Ibnu Majah).

TABUNG INFAQ C4A

Satu Infaq, Seribu Harapan

Tabung INFAQ Care ForAsnaf (C4A)

Di setiap pelosok Malaysia, masih ramai saudara kita yang hidup dalam kekurangan — terpinggir, terabai, dan terluka.Tabung Umum C4A adalah harapan mereka, dan anda adalah penyambungnya.


📌 Pengenalan Tabung INFAQ C4A

Tabung INFAQ Care For Asnaf (C4A) ialah dana utama yang menyokong keseluruhan usaha kebajikan dan pembangunan yang dijalankan oleh Pertubuhan Care For Asnaf di seluruh negara.

Melalui sumbangan anda, kami menggerakkan pertubuhan melalui dana. Makluman, pertubuhan Care4Asnaf tidak mengambil apa apa bahagian atau peratus sumbangan dari sumber infaq yang diperolehi, namun demikian kami amat memerlukan bantuan dari para penginfaq semua, untuk berinfaq di Jalan Allah SWT melalui tabung ini juga bagi membantu kami sukarelawan sukarelawan yang terlibat dalam menjalankan amanah.

Dana ini digunakan untuk menampung: 

✅ Kos operasi & logistik
✅ Bantuan kecemasan bagi kes kes harian dan URGENT
✅ Sokongan kepada unit-unit khas C4A seperti Medic4A, EduCARE, iCare4A, dan Care4Ummah


✨ Mengapa Infaq Anda Penting?

Kerana kesusahan mereka tidak menunggu masa.
Setiap hari, kami menerima aduan dan permintaan bantuan daripada asnaf yang:

  • Tidak mampu beli ubat

  • Tidak ada wang untuk tambang ke sekolah

  • Kehilangan rumah dalam kebakaran

  • Hidup dalam gelap tanpa elektrik

  • Mahu belajar agama tapi tak punya salinan al-Quran

Dan jawapan kami kepada mereka bergantung kepada anda.



"Sedekah tidak akan mengurangi harta."
(Riwayat Muslim)

"Siapa yang memberi makan orang miskin, Allah akan beri ganjaran seperti orang yang berpuasa di siang hari dan qiamullail di malam hari."
(Riwayat At-Tirmidzi)

❤️ Bagaimana Infaq Anda Digunakan?

🔄 Diurus secara telus & sistematik
📊 Dilaporkan melalui media sosial & laporan rasmi
🏅 Dikelolakan oleh pasukan C4A yang berpengalaman dalam misi lapangan

✅ Sumbang Sekarang!

Akaun Rasmi:
Pertubuhan Care For Asnaf (C4A)
🏦 Maybank: 566010657628
📝 Rujukan: Tabung Umum C4A

“Kalau kita tak mampu angkat mereka dengan tangan, angkatlah mereka dengan infaq.”
“Rezeki yang paling berkat ialah rezeki yang dikongsi.”
“Dari harta yang kita beri, mungkin Allah akan ubah hidup seseorang.”

                        JOM INFAQ (Tekan Sini)