Tabung Kempen C4A
Tabung Kempen C4A merupakan saluran kutipan khas yang diwujudkan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai kempen amal dan projek segera yang dijalankan oleh unit-unit di bawah Pertubuhan Care For Asnaf (C4A). Tabung ini merangkumi kempen bantuan bencana alam, kempen bantuan perubatan kecemasan, pembelian aset penting seperti ambulans, program kemasyarakatan, kempen dakwah, serta sebarang usaha kebajikan berfokus yang memerlukan sokongan dana segera. Setiap kempen dikendalikan secara telus dan berasingan daripada tabung umum unit, bagi memastikan setiap sumbangan yang diterima disalurkan terus kepada tujuan khusus kempen tersebut. Melalui Tabung Kempen C4A, para penyumbang berpeluang memberi impak langsung terhadap isu-isu semasa dan keperluan mendesak umat Islam serta masyarakat yang memerlukan, dengan harapan agar usaha ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan.